Posts

Showing posts from August, 2017

A itu Penting Tapi Bukan SEGALANYA

A TAK PENTING DAN TAPI BUKAN SEGALANYA Aku dahulu sejak tahun 2014, mempunyai satu pandangan bahawa A bukan penting. Ia benar2 mempengaruhi kehidupanku kerana tekanan untuk mendapatkan A itu amatlah perit, sehingga jiwaku bangkit memprotes pandangan kontradik yang mengatakan A itu segalanya. Namun setelah hampir 3 tahun aku keluar daripada sekolah, aku dapat tahu pandanganku betul namun hanya separuh, separuh lagi aku silap. Apa yang betul dan apa yang silap? Dan mana satu yang lebih tepat? Disini aku nukilkan satu kisah dongeng yang berinspirasi benar bagi menjawab persoalan itu. Alkisahnya, Ahmad seorang pelajar Tingkatan 5 di SMK Kangkung Hijau Layu. Dia merupakan salah seorang pelajar daripada 30 pelajar yang ditarget straight A's dalam SPM. Namun menjelang bulan April, Zul menjadi makin stress akibat tekanan daripada gurunya, ibu bapanya, pakcik dan makciknya serta neneknya. Dia juga mula menunjukkan sifat protes terhadap idea bahawa A itu penting. Perlahan2 dia...