A itu Penting Tapi Bukan SEGALANYA
A TAK PENTING DAN TAPI BUKAN
SEGALANYA
Aku dahulu sejak tahun 2014, mempunyai satu
pandangan bahawa A bukan penting. Ia benar2 mempengaruhi kehidupanku kerana
tekanan untuk mendapatkan A itu amatlah perit, sehingga jiwaku bangkit
memprotes pandangan kontradik yang mengatakan A itu segalanya.
Namun setelah hampir 3 tahun aku keluar
daripada sekolah, aku dapat tahu pandanganku betul namun hanya separuh, separuh
lagi aku silap. Apa yang betul dan apa yang silap? Dan mana satu yang lebih
tepat? Disini aku nukilkan satu kisah dongeng yang berinspirasi benar bagi
menjawab persoalan itu.
Alkisahnya,
Ahmad seorang pelajar Tingkatan 5 di SMK
Kangkung Hijau Layu. Dia merupakan salah seorang pelajar daripada 30 pelajar
yang ditarget straight A's dalam SPM. Namun menjelang bulan April, Zul menjadi
makin stress akibat tekanan daripada gurunya, ibu bapanya, pakcik dan makciknya
serta neneknya. Dia juga mula menunjukkan sifat protes terhadap idea bahawa A
itu penting. Perlahan2 dia mula mendapat idea bahawa A bukan segalanya dan
tidak penting.
Zul mula kurang belajar dan lebih banyak
menyendiri dan melepak. Disaat hari exam, ramai kawan-kawannya study mcm kilat,
berbincang, membuat nota, menghafal point2 dengan tekun dan bersungguh di tepi
kolam di tepi dewan, kesemuanya dilakukan last minute. Tapi Zul memilih jalan
lain, dia sudah muak dengan perangai kawannya yang studi bagai nak rak last
minute tapi waktu free yang sebelum ni, guna utk main, tidur dan lain2.
Disebabkan kemuakannya itu, dia percaya bahawa pandangannya benar bahawa A tak
penting dan bukan segalanya. Dia hanya duduk termenung melihat hipokrasi
kawan2nya, yang mengatakan belajar kerana Allah namun hanya buka buku bila
sehari sebelum exam.
3 minggu selepas exam, result pun
keluarlah. Prestasi Zul menurun dalam ujian kali ini, namun kebanyakan pelajar
ada yang baik ada yang buruk. Kebanyakan pelajar mula berzikir dengan kalimat
Redha, Redha, Redha, apabila ditanya sesama kawan akan keputusan exam, tanpa
mereka menginsafi bahawa keputusan yang mereka dapat adalah disebabkan usaha
mereka yang suam2 kuku sahaja. Namun berbeza dengan Zul yang kelihatan seperti
tidak terkesan dengan penurunannya, kerana percaya bahawa A tak penting dan
bukan segalanya.
Namun, walaupun Zul tak kisah akan
penurunannya, cikgu Robiah,guru kelas Zul, perasan akan penurunan prestasi Zul.
Bagi memastikan setiap anak muridnya berjaya, cikgu Robiah mula mengambil
insentif bagi membantu Zul.
cikgu Robiah memanggil Zul ke bilik
kaunseling memandangkan bilik itu tidak digunakan orang ramai, justeru
memudahkan cikgu Robiah mengambil langkah terbaik bagi membantu Zul tanpa
sebarang gangguan.
Bagi memulakan sesi cikgu Robiah bermula
dengan bertanya akan keadaan Zul sama ada dia mempunyai sebarang masalah.
Cikgu Robiah(cr): Zul, cikgu perasan markah
zul makin menurun dalam ujian yang lepas, dan ia agak ketara. Zul ada masalah
ke?
Zul:(berdiam diri)
cr: takpe, cikgu takkan marah, kalau zul
ada masalah, zul beritahu sahaja, tak perlu takut.
Zul: zul takde masalah apa2. zul ok je.
cr: tapi cikgu lihat markah zul makin
kurang, adakah sebab zul tak boleh ikut apa cikgu ajar, atau cikgu yang tak
ajar baik2 kat zul?
zul: ok je belajar, cikgu2 semua baik,
takde masalah pun.
cr: jadi apa masalah zul? zul tak suka
belajar kat sini?
zul: zul suka belajar sini, tapi...
cr: tapi apa zul?
zul: saya rasa tak puas hati dengan budaya
sekolah ni.
cr: apa maksud zul?
zul: zul rasa A tak penting sebenarnya,
lagipun zul pernah baca kat facebook pasal budak yang grad tapi kerja kfc. Tapi
budak yang tak lulus SPM boleh ada kerja yang stabil. Malah steve jobs, bill gates, mereka dapat jadi jutawan
tapi tak graduate drpd uni pun.
cr:(ahh klasik argument)-- cikgu bermonolog
dalam hatinya.
cr: baik zul. apa yang zul cakap itu benar,
tapi cikgu nak tunjuk yang zul sebenarnya silap sedikit.
zul: silap kat mana cikgu?
cr: nah ambil rm1 ni, pastu pergi beli air
gau sebotol kat coop.
zul pun keluar membeli air, selepas
beberapa minit zul datang dengan membawa sebotol air gau...
zul: cikgu nah.
zul memberikan air itu ke cikgu robiah.
cr: ha baiklah. sekarang cikgu nak tanya
berapa liter air dalam botol ni?
zul: 500 ml.
cr: macam mana awak tahu?
zul: sebab kat botol tu ada tulis 500 ml.
cr: siapa yang isi air ni dalam botol?
zul: orang gau lah. diorang yang isi.
cr: pastu macam mana orang gau tu boleh isi
tepat2 500 ml, tak terlebih tak terkurang?
zul: dia sukat dulu air dengan penyukat 500
ml, pastu isi dalam botol.
cr: kalau dia guna penyukat 400 ml, dapat
tak?
zul: nanti jadi tak penuh lah.
cr: kalau tak penuh boleh jual tak air tu?
zul: tak bolehlah cikgu, tu dah kira
menipu.
cr: maka begitulah dengan A. kita jadikan A
ni sebagai penyukat, bukan penyukat cerdik atau tak, sebab orang meniru pun
boleh dapat A, tapi penyukat untuk check dimana tahap kita dalam pembelajaran.
zul: oh, kira macam gamelah cikgu? ada
level2 dia yang kita kena main kan?
cr: yup. sama macam game. namun macam kes
penyukat 400 ml tadi, kalau kita guna penyukat tu, maka botol air tu kira tak
penuh dan tak patut dijual. maka samalah dengan pembelajaran di sekolah, kalau
kamu masih tak dapat A, maka kamu tak patut berpuas hati, kerana botol kamu
masih belum penuh, yakni ilmu kamu masih kurang dan tak cukup.
(zul mengangguk2 kepalanya)
cr: maka kalau zul betul2 nak belajar maka
jadikan A tu bukan matlamat, namun sebagai kayu ukur sahaja. mengukur tahap
penguasaan zul dalam subjek itu. kalau zul tak dapat A, maka tugas zul bukan
kata Zul tu bodoh, cuma Zul masih tak isi penuh lagi air, zul hanya perlu
tambah sikit air sampai penuh 500 ml.
zul: maknanya zul perlu studi lebih sikit
supaya dapat A kan?
cr: ya, tepat sekali.
zul: jadi A tu penting, ibarat penyukat
yang sukat air. tanpanya maka kita tak dapat isi air dalam botol dengan jumlah
yang tepat. A penting dan segalanya.
cr: haa, sebab tu saya cakap zul betul tapi
silap sikit. zul betul bila zul cakap A bukan segalanya, cuma silap kat A tu
tak penting. Hakikatnya A tu penting namun bukan segalanya.
zul: macam mana pulak cikgu, kan cikgu baru
tunjukkan bahawa A tu penting, macam mana ia bukan segalanya.
cr: sebab itu cikgu cakap, A bukan matlamat
tapi hanya penyukat, katakanlah kalau kamu nak pergi ke gurun, kamu bawa berapa
liter air, 500 ml atau 500 l?
zul: of kos 500 l, takkan 500 ml, mana
cukup.
cr: maka begitulah kehidupan, A itu 500 ml,
tapi kehidupan di luar memerlukan 500 l air, justeru takkan hanya dah dapat A
sudah merasa cukup. Hidup memerlukan lebih daripada A, penyukat 500 ml tak
boleh sukat 500 l air. Untuk itu, kamu perlu tukar penyukat.
zul: maknanya katakanlah saya dapat A, maka
saya tak patut berhenti.
cr: ya, memang kamu tak patut berhenti,
kamu kena terus berusaha meletakkan cita2 baharu yang lebih tinggi daripada A.
Seperti mengkaji dengan lebih mendalam subjek kamu itu, lakukan soalan yang
beraras tinggi. namun sebelum kamu capai kepuncak kena mula di bawah, maka
begitulah dengan A, mula dulu dengan cuba mencapai A, pastu bila dah dapat A,
try lakukan soalan yang lagi susah.
(zul mengangguk)
cr: sebagai contohnya lah, kalau dalam
bahasa Arab, kamu study molek2 sampai dapat A, lepas dapat A, try pergi lagi
jauh dan mendalam, macam cuba speaking arab, cuba hafal 1000 perkataan.
zul: tapi, ni macam cikgu buatkan A tu
sangat rendah nilainya.
cr: ye, ia memang rendah, tapi masih
penting cuma bukan segalanya, dalam bidang keilmuan, sesungguhnya A baru
setitik daripada ilmu2 yang manusia kumpulkan setakat ini, sedangkan ilmu2 yang
manusia kumpulkan pula hanya secalit daripada lautan ilmu Allah. ada orang
dapat A dalam pendidikan islam, namun hadis yang dihafalnya hanya 2. sedangkan
ulama dahulu hafal 300 ratus ribu hadis.
cr: cikgu juga nak tunjukkan bahawa A baru
permulaan, sedangkan manusia lebih hebat daripada itu, kalau imam syafie yang
hidup tanpa alat2 moden yang membantu kita boleh hafal muwatto, takkan kita
setakat A dah semput. maka jatuhlah nilai keilmuan manusia, maka tunggulah
kebinasaan. kalau kamu kata imam syafie hidup ratusan tahun lampau, cikgu bagi
contoh zaman sekarang, pelajar kita bagai nak rak dapatkan A, tapi last2
pelajar luar negara lagi tinggi nilai ilmu mereka, mereka tak jawab soalan
sejarah seperti kita, mereka diminta untuk huraikan dalam test sejarah diorang
tentang punca2 kekacauan dan ketidakstabilan di Timur Tengah sekarang. Dan
huraian mereka dalam esei.
zul: perghh... hebatnya. jadi selama ni zul
tersilap, A memang penting tapi macam cikgu kata bukan segalanya. dan ini juga
bermakna kita ni masih jauh lagi ni, sedangkan A tak capai lagi, apatah lagi
nak pergi lagi jauh. tapi hakikatnya cikgu, bukan senang nak dapat A cikgu,
jadi macam mana pelajar luar negara boleh jadi hebat camtu. adakah genetik
mereka lagi baik daripada kita? kan diorang kulit putih, mata biru, mesti otak
diorang kaw juga kan?
cr: haha, itu kamu kena tanya cikgu lain,
cikgu tak tahu, yang penting kamu dapatkan apa yang cikgu cakap tadikan?
zul: ya cikgu, terima kasih, sekarang..saya
dah faham..saya akan mula belajar dengan baik lepas ni. nasib baik cikgu buka
mata saya, kalau tak habis sesat zul.
cr: takpe, sama2. nanti kalau zul nak tanya
cikgu ke, atau nak share problem ke, zul cakap je, cikgu akan tolong sebaik
mungkin.
A Penting tapi bukan SEGALANYA.
Allah Is ALL.
MiD
August 4
Comments
Post a Comment